Jumaat, 2 Mac 2012

sejauh mana kita cinta ??...

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

(ape pengorbanan kita untuk sedara2 kita.. tolong SHARE kan mgking ade diklngan kawan2 kita yg manpu menbuat sesuatu.. ape yg kalian lakukan Allah swt saje yg dpat menbalasnya.. isnyaallah..)

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di Syria sekarang ini adalah rentetan kelemahan dan kelesuan pemimpin dan umat Islam seluruh dunia. Saban hari saudara kita di sana dibunuh, diperkosa, dipukul, dicederakan malah dinafikan hak mereka untuk menuntut keadilan.

Dalam kesempatan ini saya ingin menukilkan harapan seorang ustaz yang pernah mendidik dan mengajar saya semasa bersekolah di Sekolah Izzuddin Shah Ipoh satu ketika dahulu. Semalam saya sempat berhubung dengan Al Fadhil Doktor Yassin Al Heraki yang berasal dari Syria dan sekarang menetap di Belanda. Antara nasihat dan saranan beliau dalam Tragedi yang sedang berlaku di Syria sekarang ialah:-


Saudaraku yang mulia,
Semoga Allah memberi balasan yang setim
pal di atas keprihatinan anda kepada penderitaan yang sedang berlaku kepada saudara seaqidah di Syria.
Saudaraku, sampaikan berita kepada umat Islam di Malaysia berkaitan dengan situasi genting di Syria sekarang. Sebarkanlah maklumat ini di masjid, sekolah, badan berkanun mahupun NGO Islam. Ajaklah mereka supaya mendoakan kemenangan kepada umat Islam di Syria selagimana kamu mampu.


Situasi sebenar di Syria amat mendukacitakan. Tiada bahasa yang dapat menggambarkan kedahsyatan tragedi yang sedang berlaku. Sesungguhnya apa sedang berlaku di Syria hari ini lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh golongan Zionis ke atas saudara kita di Palestin.

Pihak Pemerintah Syria berusaha membunuh mereka yang bangun menentang kezaliman kerajaan. Bahkan golongan wanita diperkosa, kanak-kanak muslimin Sunni disembelih seperti menyembelih binatang di Bandar Himsa.
Kumpulan tentera Syiah Majusi mengepung dan membunuh kami. Mereka yang terlibat dalam operasi membunuh golongan Ahli Sunnah Wa Jamaah ini ialah Parti Hizbullah Lubnan, Golongan Syiah dari Iraq, Tentera Revolusi Iran, Tentera Rejim Syria dan para penjenayah yang dilepaskan oleh pemerintah dari penjara dengan syarat mereka mesti mencabuli kehormatan, membunuh dan merampas harta rakyat yang melakukan penentangan terhadap kerajaan.

Saya mengharapkan anda dapat menyampaikan kepada saudara seagama yang berada di Malaysia supaya mendoakan untuk anak-anak yatim, wanita-wanita janda dan para pejuang lelaki yang sedang dipenjarakan agar Allah melepaskan mereka dari kepayahan dan malapetaka ini. Doakanlah agar Allah memenangkan umat Islam di Syria.

Amat malang sekali para pemimpin kerajaan dunia Islam bergerak begitu perlahan dalam mempertahankan darah umat ini. Mereka seolah-olah tidak mengambil peduli tragedi berdarah yang sedang berlaku di Syria. Sedangkan kita melihat bagaimana seandainya ada orang Nasrani yang diancam atau di aniaya dimana sahaja pasti para pemimpin negara mereka akan bersegera mempertahankan nasib mereka.

Sebenarnya saudara kalian di Syria tidak mengharapkan apa-apa bantuan daripada manusia kerana kami meyakini sekiranya Allah menolong kami pastikan tiada siapa yang mampu mengalahkan kami. Sekiranya Allah tidak membantu kami maka siapalah lagi harapan kami.

Kami meyakini sesiapa yang mati di kalangan kami mereka adalah mati syahid. Sahabat yang gugur di kalangan kami tempatnya di Syurga dan orang gugur di kalangan musuh kami tempatnya di dalam neraka.”

Inilah sebahagian dari pesanan Ustaz Doktor Yassin Al-Heraki kepada saya. Mudah-mudahan tulisan ini membuktikan keprihatinan kita terhadap apa yang sedang berlaku di Syria. Saya mengambil mkesempatan di sini untuk menyeru pihak yang berwajib khususnya pihak JAKIM atau jabatan agama agar sekurang-kurangnya dapat menyediakan teks khutbah Jumaat berkaitan dengan tragedi ini. Semoga umat ini dapat kembali bersatu dan memartabatkan Islam di dunia yang fana’ ini.

2 ulasan:

  1. Masha'Allah , terharu membaca nukilan ini ,

    Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam , Allahuakbar!

    BalasPadam
  2. Semoga Allah memberi rahmat dan kemenangan kepada umat islam. IsyaAllah, Amin :')#Terharu baca.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...